Borak Pasal Hoc Pada Mereka Yang Belum Tahu.

Borak Pasal Hoc Pada Mereka Yang Belum Tahu.

Borak pasal HOC pada mereka yang belum tahu.

Antara benda yang diumumkan baru-baru adalah lanjutan HOC sampai hujung tahun 2021 ni.
.
Jadi, apa benda HOC ni?
.
Best sangat ke benda alah ni?
.
Pada mereka yang pertama kali dengar, HOC ni singkatan kepadaa 'Home Ownership Campaign'.
.
Senang cerita kempen ni untuk galakkan orang beli rumah.
.
Macam mana cara kerajaan nak galakkan orang beli rumah dalam kempen ni?
.
✅ Caranya dengan bagi pengecualian stamp duty untuk hartanah!
.
.
.
Pada yang masih tak berapa clear, bila kita beli satu-satu hartanah, antara kos yang biasanya kita kena bayar adalah stamp duty.
.
Kos lain seperti deposit kita tolak tepi dulu. Sebab kadang-kala pemaju bagi macam-macam diskaun.
.
Hari ni kita tengok kos untuk stamp duty dulu. Sebab ni yang di cover dalam HOC.
.
.
.
Stamp duty kita kena bayar kat 2 benda ni:
???? proses pindah milik atau 'memorandum of transfer' (MOT)
???? perjanjian pinjaman dengan pihak bank.
.
.
.
Berapa biasanya kos untuk duty stamp ni?
???? Kiraan stamp duty untuk MOT:
- RM 100,000 pertama = 1%
- RM 101,000 hingga RM 500,000 = 2%
- RM 501,000 hingga RM 1 juta = 3%
- RM 1 juta ke atas = 4%

???? Kiraan stamp duty untuk pinjaman perumahan biasanya 0.5% daripada jumlah pinjaman.
.
Ada yang pening bila tengok nombor banyak-banyak ni.
.
Kita tengok contoh, untuk senang faham.
.
.
.
Katakan kita nak beli rumah harga RM 500,000.
⚫ Untuk stamp duty MOT;
- RM 100,000 pertama x 1% = RM 1000
- RM 400,000 kedua x 2% = RM 8000
- jumlah RM 9000

⚫ Stamp duty pinjaman pulak;
- Harga rumah RM 500,000. Pinjaman perumahan maksimum kita boleh dapat RM 450,000.
- 0.5% x RM 450,000 = RM 2250

⚫ Jumlah kos untuk stamp duty yang kita nak kena bayar bila beli rumah harga RM 500,000 adalah;
- stamp duty untuk MOT + stamp duty pinjaman
= RM 9000 + RM 2250
= RM 11,250
.
.
.
Jadi, bila kita beli rumah projek baru daripada pemaju yang berdaftar bawah HOC, kita akan dapat faedah berikut:
✅ pengecualian stamp duty untuk MOT sehingga RM 1 juta (Rumah harga RM 1 juta ke atas dikenakan 3%)

✅ pengecualian stamp duty untuk perjanjian pinjaman.
.
.
.
Jadi, instead of kita kena bayar RM 11,250 tadi untuk stamp duty, kos tu dah dikecualikan.
.
Kita dah jimat RM 11,250 kat sini.
.
.
.
Apa lagi yang kita perlu tahu pasal HOC ni secara ringkas?

✏️ terbuka pada semua warga Malaysia. Yang nak beli rumah kedua, ketiga dan seterusnya. Bukan pembelian rumah pertama saja.

✏️ hartanah kediaman, bukan komersil

✏️ perjanjian jual beli (SPA) kena cop sebelum 31 Disember 2021

✏️ hanya untuk projek baru yang berdaftar di bawah skim ini saja.

✏️ tak applicable untuk subsales
.
.
.
Harapnya info ni berguna pada mereka yang memang bercadang nak beli rumah tahun ni.
.
Saya cuba tulis seringkas mungkin nak bagi senang faham.
.
.
Tak ada hartanah yang sempurna untuk semua orang.
Cuma kena cari hartanah yang terbaik untuk kita.
.
Stay safe dan kita jumpa nanti.
.



© Fazlizan properties kuantan. powered by instaweb.my