Pembiayaan Perumahan Untuk Penjawat Awam Melalui Lembaga Pembiayaan

Pembiayaan Perumahan Untuk Penjawat Awam Melalui Lembaga Pembiayaan

PEMBIAYAAN PERUMAHAN UNTUK PENJAWAT AWAM MELALUI LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA)
.
Jika anda adalah seorang penjawat awam atau bekerja di sektor kerajaan, anda boleh membuat permohonan untuk pembiayaan perumahan dengan Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) yang dahulunya dikenali sebagai Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP).
.
Kadar keuntungan yang dikenakan adalah tetap iaitu 4% di sepanjang tempoh pembiayaan.
.
Jumlah pembiayaan bagi Hartanah yang anda ingin beli adalah sehingga 100% daripada nilai pasaran hartanah yang telah dinilai oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) tetapi ia TERTAKLUK kepada kelayakan pinjaman berdasarkan tangga gaji anda (yang mana lebih rendah).
.
Sebagai contoh, sekiranya mengikut jadual tangga gaji anda, anda layak memohon pembiayaan perumahan sehingga RM200,000 tetapi nilai pasaran hartanah tersebut yang telah ditaksirkan oleh JPPH adalah RM180,000, maka jumlah maksima pembiayaan yang boleh anda perolehi daripada LPPSA terhad setakat RM180,000 sahaja.
.
Di samping itu, anda juga boleh memohon untuk mendapatkan pinjaman bagi membiayai kos guaman bagi penyediaan dokumentasi pembiayaan serta kos MRTT insuran dengan pihak operator takaful yang dibenarkan oleh LPPSA.
.
Jika anda ingin mengajukan sebarang pertanyaan lanjut berkaitan dengan pembiayaan bersama LPPSA, sila hubungi kami melalui link di bawah:

Pemilik yang ingin dibantu untuk menjual rumah/tanah/kilang atau apa jenis hartanah boleh hubungi saya.
Yang ingin membeli rumah atau hartanah dikawasan yang di inginkan boleh juga hubungi saya. Insyaallah saya cuba membantu.
Fazlizan ishak
landsworth properties Sdn Bhd
Sebarang pertanyaan boleh direct wassaap no dibawah atau click link dibawah

https://Fazlizanpropertieskuantan.wasap.my

******
KARNIVAL JUALAN RUMAH SUBSALE 2020



© Fazlizan properties kuantan. powered by instaweb.my